Selepas cerita “kejayaan” seorang rakyat Malaysia menyusup masuk zon larangan nuklear di Fukushima, Jepun dilaporkan secara meluar termasuk CNN, The Guardian dan majalah Time, seorang jurugambar Poland mendedahkan ia sebenarnya cerita rekaan.
Arkadiusz Podniesiński, yang pernah beberapa kali membuat penggambaran di Zon Larangan Nuklear di Chernobyl, Rusia, berkata dakwaan Keow Wee Loong kononnya berjaya memasuki zon larangan dan mengambil gambar bandar yang ditinggalkan akibat pencemaran nuklear sejak 2011 itu, sebenarnya cerita fiksyen.
Baca artikel sebelum: Menyelinap masuk ke bandar tinggal Fukushima, lelaki dari Malaysia ini temui begitu banyak barang berharga
“Keseluruhan cerita pengembaraannya melalui zon larangan, menyelinap masuk hutan dan mengelak polis, adalah berupa fiksyen daripada seorang lelaki yang mencari nama dan publisiti,” kata PodniesiÅ„ski dalam laman beliau.
Sebelum ini, “kejayaan” Keow, juga dikenali Kiwi, “menceroboh” kawasan larangan Fukushima turut dilaporkan FMT.
Fukushima dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac 2011, dan pencemaran nuklear akibat kebocoran radioaktif di Loji Kuasa Nuklear Fukushima I memberikan kesan besar terhadap bandar itu.
Kiwi memberitahu FMT dia menghabiskan masa 13 jam di bandar radiasi itu ketika lawatan ke Tokyo.
“Sebagai jurugambar, kita menyumbang kepada masyarakat dengan berkongsi apa saja yang dapat dirakam, serta merapatkan jarak,” katanya, yang berkata bau bahan kimia di bandar itu masih kuat sehingga matanya terasa pedih.
Bagaimanapun, Podniesiński berkata gambar yang diambil Keow sebenarnya bukan di zon larangan seperti didakwa.
“Saya pernah ke Fukushima beberapa kali bagi merakamkan kebinasaan disebabkan loji kuasa nuklear itu, maka saya tidak ada masalah menganl pasti kawasan di mana Keow Wee Loong mengambil gambarnya.
“Kesemua gambarnya bukan diambil dalam zon merah seperti didakwanya, tetapi dalam zon hijau,” tulis PodniesiÅ„ski, yang berkata dakwaan palsu yang sama pernah dibuat seorang wanita muda bernama Elena Filatova, yang mendakwa membuat penggambaran di kawasan larangan di Chernobyl, sedangkan ia jelas dibuat di luar zon larangan.
Sebelum ini, Keow memuat naik 30 gambar di Facebook dan menceritakan bagaimana dia menyusup masuk ke bandar itu.
“Saya perlu tunggu tiga hingga empat minggu bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk memasuki zon merah. Terlalu banyak birokrasi. Jadi saya menyusup masuk menggunakan jalan hutan untuk elak polis,” tulisnya.
Malah tindakan “berani” itu menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggap Keow boleh memudaratkan dirinya dan orang lain khususnya selepas dia kembali ke Malaysia.
Kiwi bagaimanapun berkata dia hanya berada di kawasan itu sehari dan kesihatannya baik.
“Sudah periksa, tiada apa yang teruk (kesihatan). Sama seperti merokok dan makan makanan tidak sihat,” katanya.
Sumber: Free Malaysia Today
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW