Keluar koleksi baju Melayu ikut bentuk badan “Che Ta memang suka saya pakai baju ketat” – Zain Saidin

Kemunculan Aidilfitri kali ini dimeriahkan dengan pelbagai koleksi busana daripada barisan selebriti termasuklah Zain Saidin. Zain hadir dengan rekaan baju Melayu yang ketat dan mengikut bentukbadan, sesuai untuk mereka yang bertubuh sasa dan berotot kekar. Namun, sebab rekaan itu diwujudkan oleh Zain juga sangat menarik.

Keluar koleksi baju Melayu ikut bentuk badan "Che Ta memang suka saya pakai baju ketat" - Zain Saidin

Keluar koleksi baju Melayu ikut bentuk badan “Che Ta memang suka saya pakai baju ketat” – Zain Saidin

“Che Ta, dia suka saya pakai baju yang betul-betul muat badan dan fit. Jadi saya keluarkan koleksi pakaian raya yang mana rekaan baju melayu betul-betul mengikut saiz badan. Pendek kata, baju koleksi saya ini lebih sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai badan yang sado”

“Tapi bagi mereka yang badan tak berapa sado dan suka pakai, boleh ambil saiz yang lebih besar sikit. Saya buat baju ni untuk saya pakai tapi kalau ada yang nak beli, saya jual,” katanya seperti dipetik daripada Malaysian Digest.

Zain Saidin dan juga Che Ta merupakan pasangan yang semakin aktif dengan bidang perniagaan dan sebelum raya lalu, Che Ta juga menjelaskan bahawa mereka sekeluarga beraya dengan 110 pasang.

Sumber : Rotikaya

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post