Sekurang-kurangnya 19 orang pesakit jiwa ditikam mati apabila seorang lelaki dengan sebilah pisau mengamuk di pusat jagaan orang kurang upaya (OKU) awal pagi ini ketika kebanyakan mereka sedang lena.
Suspek bencikan OKU, 19 pesakit jiwa ditikam mati ketika tidur (VIDEO)
Suspek bencikan OKU, 19 pesakit jiwa ditikam mati ketika tidur (VIDEO)
Menurut jurucakap jabatan bomba, 25 pesakit lain cedera, 20 daripada mereka parah, dalam serangan di bandar Sagamihara yang terletak 50km di barat Tokyo, lapor agensi berita AFP.
Laporan Reuters pula mendedahkan suspek pernah ditahan di dalam wad awal tahun ini selepas mengaku sanggup membunuh OKU jika dibenarkan pihak kerajaan.
Seorang pegawai kerajaan tempatan yang tidak mahu dinamakan berkata polis di bandar Tsukui menghubungi suspek Satoshi Uematsu, 26, dan dia dimasukkan ke hospital secara suka rela pada 19 Februari lepas.
Namun, Uematsu dibenarkan keluar pada 2 Mac apabila doktor mengesahkan keadaan beliau telah bertambah baik.
Kata jurucakap polis, suspek menyerah diri pada 3 pagi, sambil mengaku dia bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa penyerang tiada kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).
Jepun antara negara maju dengan kadar jenayah paling rendah, dan serangan ganas dengan senjata amat jarang sekali.
Namun, negara tersebut berdepan dengan serangan ganas yang rawak dan juga dirancang, termasuk terhadap golongan yang lemah dan mudah terdedah kepada bahaya.
Beberapa orang warga emas termasuk mereka yang nyanyuk juga telah dibunuh oleh penjaga mereka, termasuk ahli keluarga.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW