Lelaki ini terkejut bila Mercedes Benz datang jemputnya ke Lapangan Terbang KLIA

“TIDAK disangka, kereta yang ditempah untuk ke Lapangan Terbang KLIA, adalah jenis kereta mewah Mercedes Benz”. Itu perasaan penulis tatkala kereta yang ditempah menggunakan perkhidmatan Uber datang menjemputnya untuk ke KLIA.

“Sila naik dik,” demikian tutur pemandu tersebut, Mohamad Azarul Hakim Ibrahim,32, selepas tiba di Shah Alam untuk menjemput penulis.

Sepanjang perjalanan, Mohamad Azarul tidak lekang bercerita mengenai kerja baharu yang dilakukannya itu.

Lelaki ini terkejut bila Mercedes Benz datang jemputnya ke Lapangan Terbang KLIA

Lelaki ini terkejut bila Mercedes Benz datang jemputnya ke Lapangan Terbang KLIA

“Saya baharu sahaja mendaftar sebagai pemandu Uber pada 8 Jun lalu, Alhamdulilah setakat hari ini hampir setiap hari sekiranya saya bekerja, saya akan mendapat pelanggan.

“Jadi pemandu ini saya buat secara ‘part time’ sahaja,” ceritanya ramah.

MEMANDU UNTUK ISI MASA

Mohamad Azarul berkata, idea untuk menjadi pemandu Uber adalah bagi mengisi masa selepas kematian isterinya, Allahyarhamah Nurul Asikin Ibrahim pada Jun lalu.

“Adik saya yang beri idea ini katanya, dengan kerja ini saya boleh jumpa ramai orang, boleh bersembang-sembang dengan mereka.

“Sekurang-kurangnya hilanglah sikit rasa sunyi,” ujarnya lagi.

PULANGAN LUMAYAN

Katanya, kerja sebagai pemandu Uber, tidak memberi bebanan kepadanya kerana dia hanya memandu pada waktu yang dia kehendaki.

“Saya akan mula mengambil penumpang sekitar jam tujuh pagi dan pada sebelah petang, maknanya sebelum saya masuk kerja ke pejabat pada jam sembilan pagi dan selepas waktu bekerja saya, ini bermakna masa saya adalah sangat fleksible.

“Dan setakat ini bayaran yang saya dapat juga Alhamdulillah lumayan juga,” katanya lagi.

BEKERJA SEBAGAI JURUTERA PERISIAN

Katanya, ramai pelanggan yang menempah perkhidmatannya terkejut buat pertama kali melihat dia memandu kereta mewah untuk membawa mereka.

“Sebelum ini saya banyak buat kerja di luar negara, kerana saya diperlukan untuk membuat beberapa projek,” tambahnya.

TERSELAMAT DARIPADA PENERBANGAN MH17

Dalam rancak bersembang, Mohamad Azarul turut menceritakan bahawa dirinya bernasib baik kerana terselamat dari nahas pesawat MH17 pada Julai 2014.

“Sepatutnya penerbangan saya singgah di Amsterdam menaiki pesawat MH17, sebaliknya dek kerana saya tergesa-gesa hendak balik berbuka puasa dengan keluarga saya tukar tiket, transit London, London ke Kuala Lumpur dari Findland, saya sampai KL hari khamis pukul tiga petang daripada jadual asal yang sepatutnya saya sampai jumaat.

“Sampai KL terus saya ke Kerinchi rumah keluarga berbuka puasa dengan keluarga, selepas berbuka puasa saya pergi ‘shopping’ dan sampai rumah pukul 11 malam, dan tiba-tiba kawan saya telefon , sebab saya bagitahu dia saya nak balik jumaat, dan saya tidak maklumkan bahawa saya sudah balik awal, lepas itu dia tanya saya, dah sampai ke ? “Owh ko, masih hidup lagilah ya”.

“Saya terkejut dan tanya kenapa ? dia kata pesawat daripada Amsterdam kena tembak, saya cakap ok, sebab tidak terfikir lagi waktu itu, selepas beberapa lama baru saya terfikir eh! pesawat ini macam pesawat yang sepatutnya aku naik ini, tengok berita, saya tengok balik MH17, oh ini tiket saya ini, itu yang terus saya maklumkan kepada kenalan, dapat tahu rasa macam nak pitam.

“Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur saya,” katanya.

APA ITU UBER:

Uber adalah satu App yang boleh didapati di platform IOS ataupun Android. Konsep Uber adalah seperti teksi di Malaysia.

Uber berfungsi sebagai perantara dengan “Rider” dan “Driver”, di mana Rider adalah penumpang dan Driver adalah pemandu untuk pergi ke satu destinasi.

Penumpang perlulah mengisikan infomasi kad kredit mereka ke dalam aplikasi Uber di mana bayaran akan di tolak secara automatik dari kad kredit pengguna sebelum meminta servis dari pemandu Uber.

Pemandu hanyalah perlu mengambil penumpang dari lokasi terdekat kepada lokasi yang hendak dituju.

Selepas menaiki Uber, pemandu dan penumpang boleh memberi markah kepada sesama sendiri.

Mendapat markah yang lemah berpanjangan akan menyebabkan seseorang pemandu Uber diberhentikan perkhidmatan mereka.

Sumber : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post