Seorang lelaki ditemui rentung selepas kereta dinaikinya terbakar di Lebuhraya Besraya, Plaza Tol Loke Yew, di sini, pagi tadi.
Mati rentung di plaza tol
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kereta dinaiki mangsa berusia 50 tahun itu merempuh tembok tol berkenaan sebelum kereta terbabit terbakar.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.39 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit didapati sudah terbakar 100 peratus dan pemandunya didapati rentung akibat kebakaran itu,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW