Letupan Madinah : 4 maut ketika cuba halang pengebom yang sedang menuju ke arah Masjid Nabawi – Kementerian dalam negeri Saudi

Letupan Madinah : 4 maut ketika cuba halang pengebom yang sedang menuju ke arah Masjid Nabawi – Kementerian dalam negeri Saudi

 



DUBAI, United Arab Emirates – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata empat pengawai keselamatan terbunuh manakala lima cedera dalam kejadian pengeboman berani mati di Madinah baru-baru ini.

Kenyataan ini sekaligus mengesahkan bahawa kejadian letupan di madinah berhampiran masjid Nabawi berkait dengan aktiviti keganasan.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa terbunuh ketika cuba menghalang pengebom itu yang ketika itu sedang menuju ke arah masjid Nabawi untuk meletupkan diri.

Kenyataan menerusi twitter itu turut menyebut, pengebom itu meletupkan diri menggunakan bahan letupan yang diikat di pinggangnya.

Tragedi pengeboman itu merupakan serangan ketiga yang berlaku di Saudi dalam masa 24 jam.

 

 

Sumber : Siakap Keli



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post