Mana-mana individu yang meletakkan sampah di atas kereta di Kelantan bakal didenda RM500

Kota Bharu: Penduduk negeri ini menganggap cadangan mengenakan denda RM500 kepada individu yang meletakkan plastik berisi sampah di atas bonet kereta sebagai idea bernas.

Ia bukan sahaja untuk tujuan menghukum, sebaliknya mendidik rakyat supaya membudayakan amalan menjaga kebersihan dan lebih bertanggungjawab.

Sebelum ini, penduduk bandar ini khususnya, merungut mengenai tindakan segelintir pihak yang meletakkan sampah di atas bonet kereta dan membiarkan ia bertaburan di atas jalan sebelum sempat dibuang ke dalam tong sampah

Mana-mana individu yang meletakkan sampah di atas kereta di Kelantan bakal didenda RM500

Mana-mana individu yang meletakkan sampah di atas kereta di Kelantan bakal didenda RM500

Pekerja pasar raya, Siti Robiah Mahmood, 47, berkata, dia sangat bersetuju jika undang-undang kecil itu dikuatkuasakan kerana yakin dapat memberi kesedaran dan mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan

“Memang ada orang yang meletakkan sampah di atas bonet kereta, kemudian tidak sedar sampah yang dibawa itu jatuh dan dibiarkan berselerakan di atas jalan.

“Maklum sajalah, jika sampah yang dibawa itu jatuh dan mereka menyedarinya, tidak mungkin mereka mahu berpatah balik untuk mengutip sampah itu.

“Denda begini bukan sekadar hukuman tetapi juga menunjukkan kesungguhan kerajaan menanam sikap pentingkan kebersihan,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, bagi Siti Zuraini Musa, 37, sikap membiarkan sampah berterabur di jalanan bukan perkara kecil yang boleh dipandang remeh kerana ia mengakibatkan kekotoran.

Malah, katanya, bau busuk daripada sampah domestik itu juga boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Lebih teruk lagi apabila ada segelintir individu yang tidak ambil peduli pun. Mereka tidak sedar sikap mereka menimbulkan kemarahan awam.

“Saya selalu terserempak dengan individu yang keluar pada waktu pagi dan meletakkan sampah di atas bonet kereta, kononnya untuk dibuang ke dalam tong sampah terdekat.

“Tetapi apabila ia terjatuh di atas jalan raya, ia terus dibiarkan. Ini bukan amalan yang baik. Bagus ada undang-undang ini untuk didik mereka,”katanya.

Sumber : Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post