Matahari akan berada tegak di atas Kaabah esok, untuk kali kedua dan terakhir tahun ini.
Presiden Persatuan Astronomi Jeddah, Majid Abu Zahir berkata, keadaan itu akan berlaku jam 12.27 tengah hari (5.27 waktu Malaysia) selepas azan Zuhur.
Menurutnya, matahari itu akan berada di tengah-tengah kaabah tanpa sebarang bayang ketika itu.
Keadaan astronomikal itu yang dikenali sebagai Istiwa Azam akan membantu penetapan arah kiblat bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah.
Ia boleh dilakukan dengan mengawasi bayangan kayu yang dicacak tegak di tanah. Arah Kiblat ialah yang bertentangan dengan bayangan kayu itu.
Kali pertama matahari berada tegak di atas Kaabah tahun ini ialah pada Mei lalu. – Agensi
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR