Pencuri pecah masuk rumah panik, serah ic sendiri kemudian larikan diri

Panik perbuatannya sedang mencuri disedari pemilik rumah, seorang penjenayah menyerahkan MyKad miliknya kepada pemilik terbabit sebelum melarikan diri, semalam.

Pencuri gelabah

Pencuri gelabah

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, lelaki berusia 26 tahun terbabit dikatakan memecah masuk sebuah rumah di Kampung Batu Bakar, ketika pemiliknya keluar membeli barang di pekan Bahau.

Sumber berkata, pemilik rumah terbabit yang juga lelaki berusia 50-an kemudian pulang ke rumah dan melihat sepasang kasut yang tidak dikenali ditinggalkan di hadapan kediamannya.

“Mangsa masuk ke dalam rumah dan melihat keadaan rumah berselerakan seolah-olah diselongkar. Ketika mangsa mahu ke bilik untuk tujuan pemeriksaan, pintu biliknya sukar dibuka.

“Mangsa menolak pintu bilik itu berulang kali sebelum menemui seorang lelaki bersembunyi di belakang pintu berkenaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post