Netizen Buat Kajian Minyak Petrol, Petronas Paling Teruk Kualiti?







Satu perkongsian datangnya dari netizen yang kononnya membuat perbandingan minyak petrol terbaik di Malaysia.

Daripada 'kajian' yang dilakukan dengan mengisi minyak setiap jenama dalam botol, maka kesimpulan dibuat minyak petrol daripada syarikat petroleum negara, Petronas adalah yang paling tidak berkualiti.

Tanpa bersandarkan teori mahupun penjelasan dari segi saintifik, sebaliknya ia dibuat berdasarkan warna minyak daripada Petronas yang nampaknya paling 'cair'.

Perkongsian itu segera mendapat perhatian dan jumlah 'share' daripada netizen lain juga menunjukkan betapa berita tanpa asas sangat mudah diterima.

Adakah warna pada minyak petrol menunjukkan kualiti yang bagus atau sebaliknya?

Isu ini telah menarik perhatian sebuah laman dipanggil Pseudoscience Watch untuk memberi komen, seperti di bawah.




"Suatu kisah tahyul merebak di alam maya berkenaan petrol dan warna. Penulis mengaitkan warna minyak petrol dengan kualiti minyak petrol tersebut. 

Post tersebut boleh membawa kepada kefahaman bahawa kerana warna minyak Petronas paling "light" antara semua brand, maka minyak Petronas adalah paling rendah kualitinya.

Saya ingin menegaskan, kualiti minyak petrol tidak boleh dilihat dengan sekadar melihat warnanya seperti yg dikatakan. Warna tersebut adalah kerana tambahan dyes dalam minyak2 tersebut dan ia biasanya berbeza2 mengikut syarikat, sbb tu warnanya berbeza. Dyes ditambah untuk membezakan antara produk untuk tujuan2 tertentu.

Isu ni mungkin tak kritikal seperti isu2 penipuan tentang produk kesihatan yg didedahkan sebelum ini, tapi ini menunjukkan tahap kecelikan sains orang kita. Share tanpa usul periksa." 


Ini pula komen beberapa netizen lain menerusi laman Pseudoscience Watch tersebut:








Oleh itu, bagi anda yang gusar dengan kualiti daripada Petronas, sebuah badan dan aset penting negara, warna pada minyak petrol langsung tiada kaitan dengan kualiti ya. 

Jom terus menyokong produk tempatan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post