Suami Ugut Nak Kahwin Lagi Kalau Berat Badan Tak Turun

Masalah berat badan rupanya sangat memberi kesan dalam keharmonian rumah tangga.

Seperti yang dikongsikan oleh netizen ini menerusi laman Kisah Rumah Tangga, dia begitu sedih selepas suaminya berlaku dingin sejak akhir-akhir ini.

Selepas melahirkan cahaya mata, wanita ini mengakui berat badannya semakin naik dan terus naik. Manakala suaminya tetap 'maintain' dengan badan yang kurus. 

Namun, siapa sangka ia menjadi isu besar sehingga si suami menunjukkan rasa dingin dan marah. Mungkin terasa malu memiliki isteri yang gemuk?






Paling menyentuh hati bila wanita ini mendedahkan suaminya berkata,

"Sedih sangat malam ini bila dia cakap dia bagi sampai hujung tahun ini sahaja, kalau tidak jangan marah kalau dia cari (wanita) lain," ujar wanita itu. 

Kepada para suami, bila isteri anda semakin membuak-buak lemaknya, malah selepas melahirkan anak, anda seharusnya bersyukur. 

Jika tak mahu keadaan berterusan, lakukan sesuatu untuk membantu isteri anda, bukannya memberi amaran yang kononnya jadi alasan untuk mencari wanita lain. 


Gambar hiasan. Sumber foto: Carian google


Apa salahnya bantu isteri dengan sokongan moral, mahupun dapatkan khidmat pakar untuk dia menurunkan berat badan. Bila isteri cantik, anda pun gembira dan bahagia. 

Tak usahlah bersikap pentingkan diri, bercakap hanya dengan air liur tanpa membantu satu sen pun. Jadilah suami yang lebih bertanggungjawab.

Post a Comment

Previous Post Next Post