Tak cukup doktor, kementerian kesihatan belum khususkan hanya doktor wanita boleh sambut kelahiran bayi

Kekurangan doktor wanita dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) adalah antara faktor kerajaan belum mengkhususkan hanya doktor wanita menyambut kelahiran bayi di hospital awam.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata kerajaan memang bercadang untuk mengkhususkan doktor wanita sahaja yang menyambut  kelahiran bayi di hospital berkenaan.

Tak cukup doktor, kementerian kesihatan belum khususkan hanya doktor wanita boleh sambut kelahiran bayi

Tak cukup doktor, kementerian kesihatan belum khususkan hanya doktor wanita boleh sambut kelahiran bayi

“Dalam kerajaan memang terlebih doktor wanita tetapi tidak ramai doktor wanita ini yang berminat dalam Obstetrik dan Ginekologi.

“Maka kita perlu tunggu lagilah supaya lebih ramai lagi doktor yang akan dilatih dalam bidang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hamper dan duit raya kepada 50 pesakit di Hospital Balik Pulau di sini semalam.

Sementara itu mengulas berkenaan rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Hilmi berkata barisan kabinet yang diterajui muka lama dan muka baharu itu menepati kehendak rakyat sekaligus menjadikan jentera kerajaan berjalan lancar.

“Ini adalah harapan kita semua dan sebagai anggota kerajaan kami bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk deliver apa yang telah perdana menteri rancang untuk rakyat,” katanya. — Bernama

Sumber : Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post