Tiada lampu isyarat, diharamkan merokok dan minum teh dengan garam! Bestnya negara Bhutan

BHUTAN adalah satu-satunya negara di dunia yang mengiktiraf kesejahteraan warganya sebagai penanda aras kepada kemajuan di negara berkenaan.

Selain daripada itu, Bhutan merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh negara India dan China serta mengalami cuaca sejuk, memiliki rumah-rumah ladang dan padang rumput yang mewujudkan panorama indah buat para pengunjungnya.

Tiada lampu isyarat, diharamkan merokok dan minum teh dengan garam! Bestnya negara Bhutan

Tiada lampu isyarat, diharamkan merokok dan minum teh dengan garam! Bestnya negara Bhutan

Menurut statistik, Bhutan memiliki bilangan penduduk melebihi 753,947 pada tahun 2013 dan masyarakat di sana selama ini tertutup dengan dunia luar malah masih kuat mempertahankan tradisi serta adat resam mereka.

Negara itu juga dikenali berikutan penanda aras yang digunakan dalam pembangunan ekonominya iaitu Indeks Kesejahteraan Nasional dan Majlis Pelancongan Bhutan mempromosi negara itu melalui slogan Happiness Is A Place.

Berikut adalah antara keunikan yang terdapat di Bhutan:

1) Tiada lampu isyarat

Apa yang menarik mengenai Bhutan ialah penduduknya tidak perlu memikirkan mengenai isu kesesakan lalu lintas malah tiada satu pun lampu isyarat didirikan di negara berkenaan.

Faktor keadaan lalu lintas yang rendah di negara ini membuatkan rakyatnya tidak memerlukan lampu isyarat malah masyarakatnya juga turut berdisiplin dalam pemanduan dan membuatkan keadaan lalu lintas lancar.

2) Diharamkan merokok

Bhutan adalah negara yang mengharamkan budaya merokok di kalangan rakyatnya. Selain daripada itu, golongan muda yang melakukan kegiatan merokok perlu berbuat secara diam dan bersembunyi bagi menggelakkan tindakan mereka dikesan.

3) Teh dengan garam

Rakyat Bhutan menggemari minuman teh yang dicampur bersama dengan garam dan dipanggil sebagai Suja. Negara Kashmir juga turut mempunya teh yang dicampur dengan garam dan disana ia dipanggil sebagai Sheer Chai. Rakyat Bhutan amat menggemari rasanya air teh yang dicampur garam berkenaan.

4) Tiger Nest

Taktshang, sebuah biara Buddha yang dibina pada 1692, ataupun lebih dikenali sebagai Tiger’s Nest menjadi tarikan utama di Land of the Thunder Dragon. Ia terletak pada ketinggian 3,120 meter dari aras laut di kedudukan utara pekan Paro dan dikelilingi cenuram, lawatan ke situ pasti menguji kekuatan fizikal mana-mana pelancong.

Lawatan ke biara itu mengambil masa antara tiga hingga lima jam dan bagi mereka yang berjaya sampai ke puncak pasti sangat teruja melihat pemandangan alam semula jadi yang indah.

5) Tiada surat khabar pada hari Ahad

Bhutan adalah lokasi santai dan mempunyai masyarakat yang bekerja pada hari dan waktu ditetapkan tanpa sebarang urusan segera. Hari Ahad merupakan hari cuti sepenuhnya buat penduduk di negara itu sehinggakan syarikat operasi surat khabar turut tidak menjalankan perniagaan pada hari berkenaan. – indiatimes.com

Sumber : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post