UPDATE : 4 Terbunuh, 5 Cedera Letupan Bom Berani Mati Di Madinah


KEJADIAN pengeboman berani mati berhampiran Masjid Nabawi, Madinah mengakibatkan empat pengawal keselamatan terbunuh manakala lima yang lain cedera.

Artikel Berkaitan : Serangan Berani Mati Di Tempat Letak Kereta , Luar Masjid Nabawi

Perkara itu turut disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter rasminya.

Menerusi kenyataan itu, pihak Arab Saudi memaklumkan kesemua mangsa terbunuh ketika cuba menghalang pengebom berani mati berkenaan menuju ke Masjid Nabawi.

Letupan dilaporkan berlaku ketika umat Islam di Madinah sedang berbuka puasa di dalam masjid, pada Rabu.

4280dbca4d42475a95f6b48b7808262a_18

Ini adalah serangan letupan bom yang ketiga kurang dalam 24 jam.

Setakat ini, belum dapat dipastikan siapa dalang di sebalik tragedi ini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post