“Zuriat bukan alasan saya kahwin 2 dan saya tahu saya keluar dengan isteri orang, masyarakat boleh label saya perampas” – Adi Putra

Selepas membuat pengakuan menerusi sebuah program hiburan pada Ahad (semalam), mengesahkan bahawa memang benar dirinya telah berkahwin satu lagi, aktor Adi Putra hari ini tampil memberi penjelasan lanjut.

‘Masyarakat Boleh Anggap Saya Perampas…’ – Adi Putra

‘Masyarakat Boleh Anggap Saya Perampas...’ - Adi Putra

‘Masyarakat Boleh Anggap Saya Perampas…’ – Adi Putra

“Perkara yang tersebar (kahwin kali kedua) itu benar. Saya berdiam sebelum ini bukan sebab saya mahu larikan diri tetapi saya harus jalankan tanggungjawab saya pada keluarga dulu.

Baca artikel sebelum: Adi Putra umum bersara

“Saya bernikah pada 20 Jun lalu dan majlis diadakan di kediaman isteri kedua saya tapi saya tidak dapat mendedahkan lokasinya dengan lebih terperinci

“Saya punya perancangan untuk berkongsi dan menjelaskan pada semua namun belum sempat saya berkongsi, berita ini telah tersebar,” kata Adi Putra pada satu sidang media khas sebentar tadi, bagi menjelaskan spekulasi dan persoalan mengenai isu pernikahan keduanya, yang menjadi viral sejak 16 Julai lalu.

Menjelaskan lebih lanjut, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, berkata perkahwinan kali keduanya ini bukan atas dasar perniagaan mahupun kerana zuriat, sebaliknya Adi menyifatkan dirinya telah dikurniakan anugerah dan dibukakan hati untuk beristeri dua.

“Saya berkahwin bukan atas dasar perniagaan mahupun zuriat. Sebagai seorang lelaki, untuk bernikah satu lagi bukan perkara mudah tetapi apabila saya dikurniakan anugerah dan dibukakan hati, saya terima ketentuan takdir,” tuturnya.

Ditanya sejauh mana kebenaran dakwaan mengenai proses pertemuan dan perkenalan dengan isteri keduanya ketika wanita itu masih berstatus isteri orang, Adi tidak menafikan perkara tersebut.

“Ya, saya keluar dengannya ketika dia masih berstatus isteri orang. Tetapi saya tidak mengambil tahu apa masalah rumah tangga mereka.

“Masyarakat boleh komen atau labelkan saya sebagai perampas, itu hak mereka. Hakikatnya, tidak ada seorang manusia pun yang ingin menjadi seorang perampas. Saya tetap dengan pendirian saya dan perkahwinan ini sebagai satu anugerah,” katanya.

Ditanya samada beliau mendapat restu isteri pertamanya, Aida Yusof, yang dinikahinya kira-kira 10 tahun lalu, Adi mengaku perkara itu sudah dimaklumkan pada Aida sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan lagi.

“Apabila dihubungi pihak media,I isteri saya berkata tidak tahu (tentang pernikahan itu) kerana dia memengang amanah. Saya bangga dengan isteri saya. Kalau dia kata ya (tahu), akan ada banyak persoalan. Aida tunggu penjelasan daripada saya,”katanya.

Bagaimanapun Adi merayu kepada pihak media agar tidak menghubungi kedua-dua isterinya atas alasan tidak mahu hati mereka terluka.

“Sebagai ketua keluarga biarlah saya seorang saja yang menjawab dan menanggung semua ini. Saya tak mahu hati mereka dan keluarga mereka terguris sekaligus menjadikan isu ini terus berpanjangan.

“Bagaimanapun, sehingga kini saya belum mempertemukan lagi kedua-dua isteri saya”katanya.

 

Sumber: Malaysia Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post