Jadual kerja padat menyebabkan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak jatuh sakit beberapa jam sebelum mengacarakan program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, malam ini.
Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 32, mendakwa ototnya mengalami tekanan kerana bekerja tanpa rehat.
“Cepat sembuh Zizan Razak… Malam ini, Akademi Fantasia (AF) pulak. Zizan kena kuat okay… Tak mahu lembik-lembik,” luahnya melalui status pada akaun Instagram, hari ini.
Zizan memberitahu, doktor menjelaskan dia menggunakan tenaga melebihi had sehingga mendatangkan tekanan kepada otot.
“Seperti mana tuan badanpun kadang kala stress juga. Doakan Zizan sembuh okay,” katanya yang menyertakan gambar klinik yang dikunjunginya pada status berkenaan.
Selain Zizan, Alif Satar yang berganding dengan pelawak itu sebagai pengacara, menjadi trending di laman sosial Twitter selepas diumumkan sebagai hos pada konsert pertama AF2016, Ahad lalu.
Menerusi hashtag #AF2016, ramai yang memuji kredibiliti Alif sebagai seorang pengacara. Malah, ada yang menganggap cara aktor itu mengendalikan program realiti terbabit jauh lebih baik berbanding Zizan.
Sumber: Bharian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW