“Seluruh negara perlu bersatu menentang Tun Mahathir yang cuba bakar khemah besar UMNO” – Naib Ketua Pemuda Umno

Ahli Pemuda UMNO di seluruh negara perlu bersatu hati menentang Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak seperti membakar ‘khemah besar’ UMNO.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun, berkata mereka perlu senada dengan kepemimpinan tertinggi UMNO terutama mempertahankan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

"Seluruh negara perlu bersatu menentang Tun Mahathir yang cuba bakar khemah besar UMNO" - Naib Ketua Pemuda Umno

“Seluruh negara perlu bersatu menentang Tun Mahathir yang cuba bakar khemah besar UMNO” – Naib Ketua Pemuda Umno

Beliau berkata, semua tindakan bekas Presiden UMNO itu yang kini bersekongkol dengan pembangkang selain menubuhkan parti baharu, hanya untuk memusnahkan parti yang selama ini berjuang membela rakyat.

“Kita perlu tahu apa yang Dr Mahathir sedang lakukan ialah mahu membakar khemah besar UMNO dan memecah belahkan perpaduan dalam parti.

“Pemuda UMNO hendaklah terus kekal bersatu hati mempertahankan parti dan kepemimpinannya daripada serangan dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Pekan, di sini, sebentar tadi.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post