Dato Red dedah kahwin dengan Adira di Thailand kerana jaga hati isteri pertama

Hampir setahun mengahwini penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan alasan sebenar mereka bernikah di Thailand pada Disember lepas.

Adnan menjelaskan dokumentasi bukanlah masalah utama, namun tindakannya itu kerana ingin menjaga hati isteri pertamanya Syarifah Norshafila Hassim, juga dikenali Datin Red.

Datuk Red buka cerita, apa sebab nikah Adira di Thailand

Datuk Red buka cerita, apa sebab nikah Adira di Thailand

Datuk Red buka cerita, apa sebab nikah Adira di Thailand

“Sebab itu masa nak kahwin Adira, saya tidak beritahu Datin Red dua bulan awal supaya dia tidak rasa perit dan sakit.

“Mana ada perempuan dalam dunia ini hendak dimadu. Sudah kahwin, baru saya beritahu, jadi sakitnya sekali saja,” katanya dalam satu wawancara di pejabatnya di sini kelmarin.

Siti Adira Suhaimi bernikah dengan Adnan, mesra disapa Dato Red, pada 3 Disember lepas di Songkhla, Thailand selepas tiga minggu berkenalan.

Penyanyi “Ku Ada Kamu” hujung tahun lalu mendakwa pernikahan itu terpaksa dibuat di negara Thailand kerana masalah dokumentasi.

“Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga minggu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.

“Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran. Ya, saya kini sudah menjadi isteri orang dan status sebagai isteri ke­dua tidak memberi masalah kepada diri saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap kepada ProjekMMO, Adnan berkata Adira tidak wajar dituduh perampas kerana kasih sayangnya cukup untuk diberikan sama rata kepada dua isteri itu.

 

Katanya, Norshafila juga sudah diberikan bayangan awal akan bermadu dengan Adira namun isyaratnya tidak diendahkan.

“Sebelum itu saya ada bagi bayangan nak kahwin dengan Adira tapi dia tidak percaya, pasal muka saya muka tidak siap.

“Saya sendiri yang perasan saya kacak tapi saya memang tak kacak. Saya memang teringin orang puji saya tetapi tak ada orang puji,” katanya.

Bagaimanapun, Adnan berkata pengorbanan Norshafila tidak akan dilupakan walaupun, suatu hari nanti, sudah melengkapkan kuota beristeri empat.

Katanya, kejayaan pada hari ini banyak dibantu Norshafila sepanjang 10 tahun melayari bahtera perkahwinan yang turut membantu membesarkan tiga anak mereka.

“Kalau ada anugerah isteri mithali, memang saya akan serahkan pada dia (Norshafila).

“Dialah yang paling saya sayang. Macam mana saya dapat yang baru pun, yang lama ini saya tidak akan buang.

“Susah senang saya dengan dia. Dia ikut saya gantung iklan (hartanah) dahulu,” katanya.

Adnan dan kisah poligaminya berbangkit semula bulan lepas apabila media mendedahkan fotonya yang kelihatan memegang belakang pelakon Ruhainies Farehah Zainul Ilyas.

Pelakon “Hello Mr Perfect” kemudian menafikan Datuk Red memegangnya ketika menaiki eskalator, sementara ahli perniagaan ini menegaskan wanita itu bukan pilihannya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post