Dulu dianggap tak masuk akal, kini bas tergantung Transit Elevated Bus mula diuji

Selepas menanti sekian lama, impian yang dulunya dianggap tidak masuk akal, akhirnya hampir menjadi realiti apabila jurutera China buat kali pertama menguji ‘bas tergantung’ di bandar Qinhuangdao di wilayah Hubei, kelmarin.

Dulu dianggap tak masuk akal, kini bas tergantung Transit Elevated Bus mula diuji

Dulu dianggap tak masuk akal, kini bas tergantung Transit Elevated Bus mula diuji

China mula merancang menggunakan pengangkutan yang dinamakan ‘Transit Elevated Bus’ (TEB) sejak beberapa tahun lalu sebagai cara untuk mengatasi kesesakan jalan raya di bandar besar seluruh negara itu.

Minat terhadap projek itu kembali segar Mei lalu apabila model bas berkenaan dipamerkan di Ekspo Teknologi Tinggi Antarabangsa Beijing ke-19.

Setiap gerabak bas sepanjang 22 meter, 7.8 meter lebar dan 4.8 meter tinggi itu boleh memuatkan 300 penumpang dan melalui di atas kereta serta membolehkan trafik melalui di bawahnya.

Ujian yang dilakukan kelmarin bertujuan menilai sistem brek, perjalanan dan penggunaan tenaga, menurut tebctech, syarikat yang membantu mengeluarkan TEB. – Agensi

Sumber : metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post