Anak sulung daripada dua beradik ini yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara hilang pada 11 Ogos lalu dan mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

“Hari raya pertama itulah kali terakhir saya berjumpa dengan Edrus,” kata Siti Nursharmila kepada Bernama di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur sambil tidak henti-henti menyeka air mata dan dipujuk saudara maranya.

Beliau sebelum itu rebah sejurus keluar daripada mengecam mayat anaknya.

Ketika ditanya, Siti Nursharmila berkata beliau tidak mengetahui motif anaknya diperlakukan sedemikian rupa.

Mayat anaknya ditemukan selepas seorang lelaki yang dikaitkan dengan kes kehilangan kanak-kanak tersebut membawa polis ke lokasi penemuan mayat Edrus.

Murid Tadika itu dikatakan pergi menunaikan solat Maghrib di surau yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu tirinya di Jinjang sebelum hilang.

“Edrus memang pantang mendengar bunyi azan. Dia akan terus ke surau atau masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah,” kata Siti Nursharmila yang bekerja sebagai jurujual di KLCC. – Bernama