Isu Bangsa Johor, Sultan Johor minta Tun Mahathir tutup mulut

Sultan Johor Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar memberitahu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menutup mulut daripada membuat kenyataan liar mengenai konsep ‘Bangsa Johor‘.

Sultan Johor minta Dr Mahathir tutup mulut

Sultan Johor minta Dr Mahathir tutup mulut

Ini selepas Mahathir berkata dalam satu forum semalam bahawa semangat kebangsaan Johor adalahtidak sihat bagi Malaysia dan memberi amaran ia boleh membawa keruntuhan persekutuan.

Baca artikel sebelum: “Ungkapan ‘Bangsa Johor’ galak bangga diri dan tidak sihat” – Tun Mahathir

“Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau kacau sarang tebuan dan nasihat saya kepada beliau adalah untuk menutup mulutnya.

“Dia berkeliaran memecah belah rakyat, termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, termasuk orang Melayu,” Sultan Ibrahim dipetik sebagai berkata oleh The Star hari ini.

Baginda menambah Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan kerana individu konfrontasi yang telah menyebabkan banyak perpecahan.

“Mahathir adalah punca kepada masalah sekarang di negara ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan telatah beliau,” katanya.

Baginda juga mengecam Mahathir kerana jahil mengenai sejarah di negeri ini.

Sultan Ibrahim berkata istilah ‘Bangsa Johor‘ telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 untuk menyatukan semua kaum di negeri ini “untuk kerjasama, keharmonian dan kewujudan aman”.

“Tiada kaum atau individu telah dipinggirkan. Dia (moyang saya) telah terbukti betul.”

Ironinya, kenyataan Sultan Johor itu datang selepas Mahathir memohon maaf kepada rakyat Malaysia melalui blog beliau kerana membuat pindaan perlembagaan untuk mengekang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post