Komen Ashraf Muslim Tentang Berita Dia Hubungi Bekas Kekasih

Komen Ashraf Muslim Tentang Berita Dia Hubungi Bekas Kekasih


Sebelum berkahwin, pelakon Ashraf Muslim pernah bercinta dengan Sherry Ibrahim.

Kini selepas berpisah, Ashraf Muslim telahpun settle down dan mempunyai dua orang isteri dan dua orang anak.

Namun secara tiba-tiba muncul berita mengatakan Ashraf Muslim ada cuba menghubungi  bekas kekasihnya Sherry Ibrahim selepas pelakon wanita itu putus cinta dengan pelakon Fattah Amin dua minggu lalu.

Ashraf yang terkejut menafikan perkara itu dan memberitahu dia sudah lama tidak berhubung dengan Sherry selepas mereka putus cinta beberapa tahun lalu.


Lebih mengejutkannya, berita ini tersebar dan Ashraf mendengar cerita ini dari isterinya sendiri melalui aplikasi whatsApp.

Menurut Ashraf, perkara yang tidak betul tidak perlu diperbesarkan kerana ia boleh menimbulkan fitnah.


Ini komen Ashraf:

"Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan.

"Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian," katanya kepada Harian Metro.

"Saya tahu perkara ini sekadar gosip jadi saya buat tak tahu saja. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula nanti.

"Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri,"


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post