Lelaki ini luah rasa sedih dihina dan diejek kerana muka cacat akibat diserang harimau

Seorang lelaki cacat di bahagian muka akibat diserang seekor harimau malah dia terpaksa menyembunyikan kecacatan mukanya itu beberapa tahun dari orang ramai kerana sering diejek.

Hashmot Ali, diserang ketika dia sedang tidur di dalam sebuah bot yang berlabuh di terusan di sebuah hutan ketika usianya 20 an.

Lelaki ini luah rasa sedih dihina dan diejek kerana muka cacat akibat diserang harimau

Lelaki ini luah rasa sedih dihina dan diejek kerana muka cacat akibat diserang harimau

Harimau itu menerkam belakannya serta mencengkam dan mengoyak mukanya malah cuba menarik Hasmat dari botnya itu namun melarikan diri sebaik mendengar bunyi bising pendayung bot.

Rakannya  mengambil masa enam jam untuk membawa lelaki itu ke daratan bagi mendapatkan rawatan di hospital, namun sebaik tiba, doktor hanya menampal kesan luka tersebut dengan plaster kerana sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Hashmot yang kini berusia 40 tahun itu terpaksa menutup mukanya yang cacat dengan sapu tangan kerana sering dihina penduduk di perkampungan tempat tinggalnya di Satkhira.

Malah dia juga tidak dapat menghadiri mana-mana majlis kerana kanak- kanak takut akannya.

Hashmot berkata, dia turut risau kekurangannya itu akan menyukarkan anak perempuannya mempunyai suami suatu hari nanti.

“Saya berharap suatu hari nanti, saya dapat membuat pembedahan plastik walaupun terpaksa menanguhkan hasratnya buat masa kini kerana rawatan yang terlalu mahal,” katanya dipetik Metro.uk

 
 
Sumber: Sinar


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post