Model wanita Singapura catat sejarah dilantik menjadi Pokemon Master pertama di dunia dengan gaji RM4,041 sebulan

Seorang model sambilan dari Singapura mencatat sejarah peribadi apabila dilantik sebagai Pokemon Master dengan gaji sebanyak $1,000 (RM4,041) sebulan.

Mirror.co.uk melaporkan, ia jawatan pertama yang ditawarkan selepas permainan itu dilancarkan Julai lalu.

Ivy Lim, terpilih antara ribuan calon lain yang memohon pekerjaan itu, awal bulan ini.

Model wanita Singapura catat sejarah dilantik menjadi Pokemon Master pertama di dunia dengan gaji RM4,041 sebulan

Model wanita Singapura catat sejarah dilantik menjadi Pokemon Master pertama di dunia dengan gaji RM4,041 sebulan

Sepanjang tempoh tiga bulan dari sekarang, wanita berusia 22 tahun ini bertanggungjawab menangkap Pokemon, melatih peserta lain serta berkongsi tips dan rahsia.

 

“Saya tidak tahu pekerjaan sebagai ‘Pokemon Master’ ini wujud. Saya selalu mahu berlatih dengan rakan-rakan menangkap Pokemon dalam kehidupan sebenar macam dalam program.

“Saya ‘Trainer Level 23’ dan menangkap 121 karakter Pokemon, saya merancang untuk menambah bilangan itu dua kali ganda ketika bekerja ini,” katanya.

Majikan yang menawarkan pekerjaan itu, Funzing.com berkata idea untuk mewujudkan pekerjaan itu timbul selepas ramai pengguna yang meminta pakar Pokemon.

Aplikasi Pokemon digunakan lebih 45 juta pengguna setiap hari pada Julai namun angka itu menurun pada awal Ogos kepada 30 juta menurut data dikeluarkan Sensor Tower, SurveyMonkey dan Apptopia.

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post