TMJ serah pendrive kepada KJ

PEMILIK Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyerahkan pendrive yang mengandungi laporan mengenai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

TMJ serah pendrive kepada Khairy

TMJ serah pendrive kepada Khairy

Menerusi kemas kini status di laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini, Tunku Ismail dilaporkan telah berkenan bagi menerima kunjungan Khairy dalam pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Selain menyerahkan pendrive tersebut, Tunku Ismail dan Khairy turut membincangkan mengenai program-program pembangunan belia serta berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa terutama melibatkan sukan bola sepak.

Sebelum ini, Tunku Ismail mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan maklumat berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia serta aktiviti dalaman FAM.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini juga turut mengalu-alukan Tunku Ismail untuk menyerahkan ‘pendrive’  yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah FAM kepada pihak mereka.

Namun begitu, Tunku Ismail dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa beliau boleh menyelesaikan sendiri isu FAM tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post