‘Selamat pulang wira Malaysia!’ – Lebih 3000 penyokong sambut ketibaan atlet Olimpik Rio 2016

Kira-kira 3,000 penyokong menyambut ketibaan atlet Sukan Olimpik Rio 2016 di Kompleks Bunga Raya di sini, hari ini.

Mereka menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika tujuh atlet tiba ke kompleks itu pada jam 3 petang.

'Selamat pulang wira Malaysia!' - Lebih 3000 penyokong sambut ketibaan atlet Olimpik Rio 2016

‘Selamat pulang wira Malaysia!’ – Lebih 3000 penyokong sambut ketibaan atlet Olimpik Rio 2016

Najib dalam ucapannya menyatakan rasa bangga kepada pasukan negara yang membawa pulang empat perak dan satu gangsa dalam temasya yang berakhir kelmarin.

“Hari ini hari teristimewa kerana secara rasmi rakyat Malaysia menerima kepulangan skuad Olimpik Rio 2016.

“Hari ini mereka menjadi ‘rockstar’ untuk kita semua dengan sambutan yang diterima cukup luar biasa.

“Walaupun emas tiada dalam genggaman tetapi kita telah mencapai kejayaan yang terbaik dalam sejarah Olimpik negara.

“Saya yakin temasya akan datang apa yang menjadi buruan kita iaitu pingat emas mampu menjadi milik kita,” katanya.

Beliau juga mahu semua rakyat Malaysia sentiasa berdiri di belakang atlet negara sebagai tanda sokongan untuk mencapai kejayaan.

Najib turut mengumumkan penambahan insentif kemenangan daripada RM300,000 kepada RM500,000 bagi pemenang perak manakala daripada RM100,000 kepada RM300,000 untuk pemenang gangsa.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan menteri-menteri kabinet yang lain.

Sambutan meriah diterima Datuk Lee Chong Wei, yang menang perak badminton perseorangan lelaki, beregu lelaki, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (perak), beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (perak), pasangan penerjun 10 meter platform, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong (perak).

Kesemua mereka menerima jambangan bunga daripada Perdana Menteri.

Pemenang pingat gangsa acara berbasikal Azizulhasni Awang sudah pulang lebih awal sebelum ini.

Penyokong yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk atlet-atlet pelapis negara daripada pelbagai jenis sukan bersorak menyatakan rasa bangga mereka sambil membawa plakad kata-kata semangat.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post