Umum mengetahui sebelum ini viral sebuah video yang merakam perbualan antara pelanggan dengan pegawai khidmat pelanggan yang tidak berpuashati dengan satu jenama susu kambing.
Video yang berdurasi 2.50 minit itu sehingga sekarang telah dilihat lebih 81 ribu view dan menerima komen yang rata ratanya mengutuk pemanggil tersebut.
Terpanggil untuk memberi penjelasan berikutan video viral tersebut, susu kambing yang dimaksudkan ialah Susu Kambing Khalish.
Ini pejelasan daripada pihak Susu Kambing Khalish;
“Pertamanya kami daripada pihak Susu Kambing Khalish memohon maaf atas penyebaran video tersebut, sepatutnya staf saya tidak patut menyebarkan video itu, pegawai khidmat pelanggan tersebut sudahpun diberikan amaran keras oleh pihak kami.”
“Berikutan dengan aduan pengguna tersebut, pihak kami sememangnya menjaga kualiti produk yang kami hasilkan, hanya menggunakan bahan bahan organik dan ianya sudah melalui ujian keselamatan dan halal produk.”
“Daripada maklumbalas yang kami terima, semua pengguna meluahkan feedback yang positif setelah menggunakan susu ini.”
Mungkin semasa pengguna tersebut membuat panggilan dalam keadaan yang beremosi. Adalah tidak wajar untuk menyalahkan produk semata mata menyebabkan perubahan perangai yang berlaku. Pastinya ia didorong dengan faktor luaran yang lain.
Video yang diviralkan sebelum ini.
Sumber: Hanasuva
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW