Selfie gimnas Korea Selatan dengan gimnas Korea Utara jadi viral, ini gambaran terbaik semangat Olimpik

GIMNAS Korea Selatan Lee Eun-Ju, yang mendapat tumpuan antarabangsa selepas mengambil gambar pesaing dari Korea Utara di Rio, berkata dia terkejut dengan reaksi luar biasa diterimanya akibat perkara sekecil sebegitu.

Memetik laporan AFP, Eun- Ju berkata, gambar itu diambil sebagai tanda kenang-kenangan selepas mereka berdua selesai bertanding dalam acara gimnastik wanita di Olimpik Rio.

Selfie gimnas Korea Selatan dengan gimnas Korea Utara jadi viral, ini gambaran terbaik semangat Olimpik

Selfie gimnas Korea Selatan dengan gimnas Korea Utara jadi viral, ini gambaran terbaik semangat Olimpik

“Saya melihat dia dan meminta dia untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan,” kata Eun-Ju merujuk kepada gambar selfie dia dengan gimnas Korea Utara Un-Jong.

Gambar selfie yang dimuatnaik oleh Eun Ju itu, tidak semena-mena menjadi viral dimedia sosial yang rata-rata melabelkannya sebagai gambaran terbaik semangat Olimpik.

Ia dikongsi lebih ratusan ribu kali termasuk oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach yang menganggapnya sebagai isyarat yang hebat.

Sumber : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post