Anis Al-Idrus pelik digosip putus cinta dengan Raja Afiq, sedangkan tengah bahagia

Penyanyi dan pelakon Anis Al-Idrus berasa pelik apabila gosip hubungan cintanya dengan pelakon baharu Raja Afiq dilaporkan sudah berakhir sedangkan mereka bahagia seperti pasangan kekasih lain.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, dia sendiri diberitahu tentang berita berkenaan oleh peminat-peminatnya ketika dia sibuk dengan majlis perkahwinan sepupunya di Kelantan.

“Saya pelik juga macam mana berita ini tersebar tanpa ada apa-apa yang terjadi antara kami, kalau hubungan saya dengan individu sebelum ini, ia memang benar apabila keluar gosip kami ada bergaduh.

“Tapi, kali ini hubungan kami baik-baik sahaja. Itu pun ada juga cerita buruk yang keluar,” ujarnya kepada mStar Online.

Anis Al-Idrus digosip putus cinta dengan Raja Afiq tetapi sebenarnya masih pasangan kekasih.

Anis Al-Idrus digosip putus cinta dengan Raja Afiq tetapi sebenarnya masih pasangan kekasih.

Anis Al-Idrus digosip putus cinta dengan Raja Afiq tetapi sebenarnya masih pasangan kekasih.

 

Anis menjawab khabar angin tentang gosip putus cinta dengan pelakon Raja Afiq Ahad lalu.

Penyanyi lagu Mengapa ini juga meminta peminatnya yang resah dengan berita tersebut bertenang dan mendoakan baik-baik tentang hubungan berkenaan.

“Ramai peminat beritahu dan bertanya saya tentang gosip itu, saya juga terkejut kerana ketika Hari Raya Aidiladha itu saya sibuk buat persiapan perkahwinan sepupu di Kelantan.

“Saya juga bertanya Afiq sendiri, dia juga berasa pelik apabila turut ditanya oleh media tentang perkara tersebut,” ujarnya.

Bagaimanapun, Anis berkata, dia enggan menuduh mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

Katanya, dia tidak akan cepat melatah dan sudah pernah melalui pengalaman gosip yang sama suatu ketika dahulu.

“Saya tidak marah atau cepat melatah sebab gosip seperti ini pernah saya lalui dahulu, lagi pun saya sendiri faham lumrah sebagai artis sering menjadi perhatian orang,” ujarnya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post