Peniaga di Beirut Lubnan tak mahu terima bayaran kerana terkenang budi Mahathir bantu mereka waktu susah

Situasi ini diceritakan sendiri oleh Fadzil Azeez ketika membeli keperluan di Beirut:

Peniaga di Beirut Lubnan tak mahu terima bayaran kerana terkenang budi Mahathir bantu mereka waktu susah

Peniaga di Beirut Lubnan tak mahu terima bayaran kerana terkenang budi Mahathir bantu mereka waktu susah

Peniaga di Beirut Lubnan tak mahu terima bayaran kerana terkenang budi Mahathir bantu mereka waktu susah

SUATU hari selesai membeli barang keperluan di Beirut, saya disapa oleh pemilik kedai.

Peniaga: Kifak
Saya: Alhamdulillah, bil khair.

Peniaga: Min Wayn
Saya: Malayzie (senyum), tasharrafna (nice to meet you) sambil berjabat tangan.

Peniaga: Mahathir
Saya: (angguk & senyum lebar), namun saya jelaskan kepadanya bahawa Tun Dr Mahathir dah lama bersara dan sekarang Perdana Menteri baharu.

Selesai beli barang keperluan, waktu nak bayar peniaga itu enggan menerima wang.

Berulang kali saya serah tetapi ditolaknya.

Dia sebaliknya, berulang kali menyebut perkataan HALAL.

Sambil memeluk saya, peniaga itu tadi menyebut kebaikan Tun Dr Mahathir membantu mereka waktu kegawatan ekonomi dulu.

Dia kata waktu Lubnan susah Malaysia bantu, dan kini giliran mereka untuk membalas.

Allahu… tanpa sedar air mata saya tiba-tiba mengalir.

Namun hari ini, saya sebak kerana mana-mana negara yang diawati, kisah kejayaan Malaysia semakin dilupa.

Sebaliknya, orang luar hatta pemandu teksi di Australia mula bertanyakan tentang skandal 1MDB serta gaya hidup mewah pemimpin Malaysia dan keluarga mereka.

Pada aku, sikap pemimpin yang tak boleh ditegur, ego serta sanggup melakukan character assassination tak ubah seperti Hafez al Assad.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post