Apa kes Google Street View kabur muka lembu

TINDAKAN Google Street View [VIDEO] mengaburkan imej seekor lembu menjadi bualan hangat di laman media sosial.

Tindakan mengaburkan imej lembu itu dirakam menerusi lensa Google di Coe Fen, Cambridge, Britain ketika mereka membuat pemetaan di kawasan terbabit.

Google Street View kabur muka lembu, cetus viral

Google Street View kabur imej lembu, cetus viral

Difahamkan, gambar itu menjadi bualan hangat selepas seorang pengguna media sosial David Shariatmadari memuat naik gambar tersebut ke Twitter.

Susulan itu, Twitter berkenaan telah di’retweet’  lebih 9,000 kali dan mendapat ‘ Like’ lebih 12,000 oleh pengguna media sosial.

Sementara itu, jurucakap Google berkata, tindakan mengaburkan imej lembu itu merupakan salah satu teknologi ketika melakukan pemetaan.

“Tidak sangka teknik yang kami gunakan itu ‘sedikit keterlaluan’ kerana secara automatik objek melibatkan muka akan kabur.

“Kami tidak sangka imej lembu dirakam selama lima minit itu menjadi bualan dan lembu itu menjadi masyhur,” katanya.

Bagaimanapun, pelbagai reaksi dari netizen diterima antaranya tindakan itu sebagai menghormati hak lembu yang disamakan dengan manusia dan tidak kurang juga mengatakan bahawa Google memberikan hak privasi kepada lembu itu sama seperti manusia.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post