Biodata Aida Khalida, pelakon drama popular era 1990-an

Inilah biodata Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad adalah seorang pelakon TV Malaysia yang menempuh zaman kegemilangannya pada era 1990-an. Beliau pernah bertukar nama komersil sebanyak dua kali. Sejak tahun 1980, beliau memulakan kerja sebagai model dengan nama Aida Rahim, Rahim adalah nama bekas suaminya pada tahun 2003 menukar nama kepada Aida Radzwill setelah berkahwin dengan Joe Radzwill dan terkini pada tahun 2010, beliau mahu dikenali dengan nama Aida Khalida selepas beliau berpisah dengan Joe.

Biodata Aida Khalida, pelakon drama popular era 1990-an

Biodata Aida Khalida

Biodata Aida Khalida, pelakon drama popular era 1990-an – Sumber gambar dari MStar

Nama penuh: Khalidah Adibah Ahmad

Tarikh lahir: 11 Ogos 1952 (64 tahun)

Tempat lahir: Seremban, Negeri Sembilan

Tempat tinggal: Kuala Lumpur

Warganegara: Malaysia

Nama lain: Aida Rahim, Aida Radzwill

Pekerjaan: Pelakon

Agama: Islam

Pasangan: Rahim (Berpisah),
Joe Radzwill (Berpisah)

Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu.

Pencapaian:

  • (Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik (FFM) – Festival Filem Malaysia ke 11 (filem: Rimba Malam)
  • Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 1994 – “Kerana Kau”
  • Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Seri Angkasa 1994 – “Tak Ingat”
  • (Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 1999 – “Kau Isteriku”
  • Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995
  • Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1996
  • (Pencalonan) Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/1999
  • (Pencalonan) Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000
  • (Pencalonan) Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001

Filem lakonan terbaru Aida, Hijabsta Balet akan ditayangkan tidak lama lagi. Membawakan watak Maimun, Aida merupakan nenek kepada teraju utama filem berkenaan yang membawa pengaruh hijab kepada penari balet.

Filem arahan Syed Zul Tojo ini turut menampilkan Betty Banafe, Aman Graseka dan barisan pelakon muda.

 

Sumber: Wiki



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post