Pemandu lori maut tersepit sejam lepas sondol belakang treler

Seorang pemandu lori maut tersepit apabila kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler di Jalan Bukit Bintang berhampiran Menara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), di sini, petang semalam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata mangsa, Asri Hamid, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Pemandu lori maut tersepit sejam lepas sondol belakang treler

Pemandu lori maut tersepit sejam lepas sondol belakang treler

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa telah melanggar belakang treler sedang berhenti di lampu isyarat di Jalan Bukit Bintang menghala ke Jalan Imbi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, hasil maklumat daripada pihak majikan, mangsa dalam perjalanan ke projek Tun Razak Exchange (TRX) berdekatan Kampung Pandan untuk mengambil batu konkrit.

Bagaimanapun, katanya, pemandu treler warganegara Indonesia itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit pada jam 6.32 petang.

Sejumlah 11 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.52 petang. — Bernama

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post