‘DEKAT dunia mungkin kau lepas, tapi kat akhirat kau jawablah nanti’ – Demikian luahan seorang lelaki yang berang kakaknya menjadi mangsa langgar lari.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kamarul Ariffin turut memuat naik beberapa gambar kemalangan yang dialami kakaknya menerusi laman Facebook.
Dalam gambar tersebut, mangsa yang lengkap memakai baju seragam jururawat dilihat berada dalam sebuah longkang tidak sedar diri.
Dek insiden yang berlaku itu, Kamarul menyelar individu yang melanggar kakaknya kerana tergamak membiarkan mangsa dalam longkang seterusnya cabut lari.
“Kepada yang langgar kakak aku pagi tadi… Aku harap tuhan sahaja yang membalasnya.
“Sudah kau langgar lepas tu kau biarkan dia dalam longkang… lepas tu ko lari..
“Sampai sekarang kak aku tak sedarkan diri,” katanya.
Rata-rata netizen pula mengkritik suspek langgar lari dan menyifatkan sebagai manusia tidak berhati perut.
Difahamkan, insiden langgar lari ini berlaku di Kuala Krai, Kelantan.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW