DAP kesal dengan kenyataan biadap Jeff Ooi, ianya tidak melambangkan pendirian parti – Lim Guan Eng

Lim Guan Eng melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga Haron Din sekiranya tersinggung dengan kenyataan biadap Jeff Ooi, yang tidak mewakili pendirian parti.

DAP kesal dengan kenyataan biadap Jeff Ooi, ianya tidak melambangkan pendirian parti - Lim Guan Eng

DAP kesal dengan kenyataan biadap Jeff Ooi, ianya tidak melambangkan pendirian parti – Lim Guan Eng

DAP hari ini melahirkan rasa kesal diatas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berhubung pemergian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan kenyataan ahli partinya itu sebagai “tidak sensitif”.

Beliau memaklumkan bahawa Jeff Ooi sudah memadamkan twitter kontroversi itu, dan berkata DAP turut bersimpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga dan rakan Haron Din.

“Meski kami sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam.

“Sekali lagi saya menitipkan belasungkawa buat Allahyarham sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP, dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh.

“Saya juga ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluara sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Saudara Jeff kerana ini tidak mewakili pendirian parti,” katanya.

Ooi dilapor mengatakan “Adios Harun Din. Let there be peace” di Twitter pada Jumaat, mencetuskan bantahan kerana dianggap biadab.

Awal hari ini, beliau memberitahu FMT: “Saya tidak lihat ada isu mengenai kenyataan itu. Cuba pergi lihat di laman Twitter dan Facebook saya.

“Laman itu adalah kerja photoshop dia orang. Saya hanya akan memuat naik status menerusi laman Facebook rasmi saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dilapor The Star Online, Ooi menjelaskan tiada niat untuk perkecilkan Haron atau keluarganya, cuma mahu menyampaikan selamat tinggal kepada Haron.

Beliau menjelaskan tiada niat untuk perkecilkan Haron atau keluarganya, dan cuma mahu menyampaikan selamat tinggal kepada Haron.

Jelasnya beliau membuat kenyataan itu semasa berkongsi twit orang lain, dan kemudian menyingkirkan komen orang itu dan membuat twit baharu, yang tertulis: “Received a personal call a while ago. So… Farewell. Let there be peace.”

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post