Disenarai hitam, 1.3 juta peminjam PTPTN mungkin tidak boleh buat pinjaman bank

Seramai 1.3 juta pemintan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak boleh membuat pinjaman bank atau memohon sebarang kemudahan kredit daripada institusi kewangan, lapor The Star.

Ini kerana peminjan terbabit disenarai hitam oleh Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) kerana tidak atau gagal membayar pinjaman pengajian, menyebabkan mereka dikelaskan sebagai “pembayar hutang yang teruk”, menurut akhbar Inggeris itu.

1.3 juta peminjam PTPTN mungkin tidak boleh buat pinjaman bank

1.3 juta peminjam PTPTN mungkin tidak boleh buat pinjaman bank

CCRIS adalah pangkalan data yang digunakan institusi kewangan untuk menilai mereka yang memohon pinjaman.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid memberitahu The Star semua peminjam PTPTN akan dimasukkan dalam senarai CCRIS apabila tiba masanya untuk membayar pinjaman, kebiasaannya enam bulan selepas tamat pengajian.

Mereka yang membayar pinjaman dengan tetap tidak perlu bimbang, katanya.

“Jika mereka pembayar hutang yang baik, permohonan pinjaman mereka di masa depan akan diluluskan.”

Mastura mendedahkan sejak PTPTN menggunakan CCRIS pada 2015, lebih ramai peminjam ingkar tampil merundingkan kaedah pembayaran yang kurang ketat.

Sejak ditubuhkan pada 1997 hingga Julai tahun ini, PTPTN memberikan pinjaman kepada 2.49 juta pelajar.

Selain CCRIS, PTPTN turut bekerjasama dengan imigresen untuk menghalang peminjam ingkar daripada meninggalkan negara.

Pada Mac, dilaporkan sejumlah 662,983 peminjam gagal membayar balik RM5.4 bilion pinjaman PTPTN setakat 31 Disember 2015.

Kementerian Pendidikan Tinggi turut mendedahkan tunggakan sebanyak RM2.78 bilion kerana sebahagian peminjam membuat bayaran pada jumlah yang lebih rendah daripada yang ditetapkan.

Julai lepas Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkata gaya hidup mewah siswazah menyebabkan ramai menanggung hutang walaupun mereka baru menceburi pasaran kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir berkata hutang yang ditanggung belia selalunya bermula dengan pinjaman pendidikan, diikuti pinjaman kereta apabila mula bekerja, dan pinjaman kad kredit tidak lama kemudian.

 

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post