Dua remaja lelaki lemas ketika mandi di Sungai Perak bersama ahli keluarga

Dua remaja lelaki berusia 15 tahun dan 18 tahun dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Perak berhampiran Kompleks Pasir Salak, di sini, malam tadi.

Kedua-dua remaja yang mempunyai ikatan persaudaraan dipercayai mandi di sungai berkenaan bersama ahli keluarga mereka yang lain sebelum tenggelam.

Dua remaja lelaki lemas ketika mandi di Sungai Perak bersama ahli keluarga

Dua remaja lelaki lemas ketika mandi di Sungai Perak bersama ahli keluarga

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, Zaiful Efendi Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat daripada anggota polis berhubung kejadian sebelum beliau mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Bagaimanapun, katanya, sehingga jam 12 tengah malam, usaha SAR dihadkan kira-kira dua kilometer (km) hingga tiga km dari lokasi dua remaja berkenaan dipercayai hilang berikutan keadaan gelap.

“Jarak penglihatan yang terhad menyukarkan usaha pencarian, namun dengan kekuatan lima anggota bomba dan pihak polis serta bantuan daripada Jawatankuasa Kampung (JKK) Kampung Bandar Tua, kita meneruskan pencarian sehingga mangsa ditemui,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post