FAM digesa pancing Messi Amerika, Wan Kuzain Wan Kamal

Jika Thailand berjaya memujuk bekas pemain Bawah 17 tahun (B-17) Switzerland, Charyl Chappuis kembali berbakti untuk negara kelahiran ibunya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga disaran merekrut Wan Kuzain Wan Kamal (gambar) bagi menyarung jersi Harimau Malaysia.

Wan Kuzain Wan Kamal

Wan Kuzain Wan Kamal

Kuzain, 18, yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) serta mempunyai darah kacukan Malaysia-Amerika (bapanya rakyat Malaysia)kini beraksi untuk kelab St Louis FC dan difahamkan pemain tengah menyerang berkenaan turut terpilih berpatih dengan skuad remaja negara ‘Uncle Sam’ itu.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianathan berkata FAM seharusnya sudah memulakan langkah untuk cuba memujuk pemain itu beraksi bersama pasukan negara.

“Dalam perkara ini bagi saya, FAM tidak boleh menunggu dan membiarkan pemain itu kerana rugi sekiranya dia memilih untuk beraksi dengan Amerika Syarikat apabila umurnya mencapai 21 tahun nanti.

“Jadi, kalau boleh, mulai dari sekarang, FAM kena menghubungi dia dan keluarganya untuk berbincang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post