Mayat adik Muhammad Rizal Zakwan yang lemas kereta terjunam dalam sungai ditemui

Muhammad Rizal Zakwan Mohd Radzi, 4, yang hilang selepas kereta dinaiki bersama bapa dan kakaknya terjunam ke dalam Sungai Santap, Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, Alor Setar 1.30 tengah hari tadi ditemui lemas pada kedalaman 4.5 meter, 3.58 petang tadi.

Mayat Muhammad Rizal Zakwan ditemui

Mayat Muhammad Rizal Zakwan ditemui

Baca artikel sebelum: Ya Allah, pilunya… Kereta dinaiki 4 beranak terjunam dalam sungai

Kanak-kanak itu ditemui kira-kira 0.6 meter dari kereta Proton Wira Aeroback yang terjunam ke dalam sungai berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan mayat kemudiannya serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Bapanya, Mohd Radzi Mat Akib, 54, dan dua kakak, Nurul Rasyidah,15, dan Nurul Rasyiqah, 11, bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu selepas berjaya keluar dari cermin belakang kereta yang pecah.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post