FBI siasat Brad Pitt atas dakwaan mendera salah seorang anaknya

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata mereka sedang mengumpul maklumat mengenai kejadian membabitkan aktor Brad Pitt dan keluarganya dalam pesawat peribadi minggu lalu.

FBI kumpul maklumat dakwaan Brad Pitt dera anak

FBI kumpul maklumat dakwaan Brad Pitt dera anak

Jurucakap biro, Laura Eimiller, berkata dalam kenyataan lewat Khamis bahawa agensi itu masih menilai sama ada untuk membuka siasatan terhadap dakwaan mendera salah seorang daripada enam anaknya dengan aktres Angelina Jolie Pitt.

Beberapa media, menggunakan sumber tidak dikenali, melaporkan aktor itu disiasat agensi kebajikan kanak-kanak berikutan kejadian berkenaan.

Jabatan Kanak-Kanak dan Keluarga Los Angeles enggan menyatakan sama ada ia menyiasat Pitt.

Jolie Pitt memfailkan perceraian Isnin lalu, berkata beliau membuat keputusan itu demi kebajikan keluarganya. – AP

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post