Ibu tergamam lelaki tua meluru dan tumbuk muka bayinya yang baru lahir 5 hari

Seorang ibu terkejut besar apabila seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arahnya dan menumbuk bayinya yang berusia lima hari di sebuah pasar raya di United Kingdom.

Kejadian menakutnya itu berlaku Isnin lalu di Tesco di Baguley, Greater Manchester apabila lelaki berkenaan menumbuk Elsie Rose tetapi kemudiannya meminta maaf, lapor The Sun.

Ibu tergamam lelaki tua meluru dan tumbuk muka bayinya yang baru lahir 5 hari

Ibu tergamam lelaki tua meluru dan tumbuk muka bayinya yang baru lahir 5 hari

“Maaf, saya sangkakan tadi ia sebuah patung,” kata lelaki tersebut, 63 tahun, seperti diceritakan Amy Duckers, ibu si bayi.

Elsie, yang hanya seberat 3 kilogram, dikejarkan ke hospital tetapi mujurlah dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Sebelum kejadian, Duckers dan pasangannya Lewis Tample membawa Elsie keluar bersiar-siar petang itu buat pertama kali sejak dilahirkan.

Pasangan itu bertemu seorang jiran yang menegur mereka untuk melihat bayi itu.

“Jiran kami kemudiannya terserempak dengan rakan sekerjanya bersama suami dan berkata, ‘Oh, marilah dan lihat bayi comel ini’,” kata Amy kepada Manchester Evening News.

“Kemudian lelaki itu meluru dan menumbuk Elsie Rose di muka sehingga berbekas di dahinya.”

Keluarga itu memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan Tesco dan Elsie dikejarkan ke hospital Wythenshawe sebelum dibenarkan pulang keesokannya.

Susulan kejadian itu, lelaki warga emas berkenaan ditahan polis Greater Manchester berhubung kes mencederakan bayi.

“Seorang lelaki berusia 63 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kecederaan dan kini dalam tahanan untuk siasatan,” kata polis.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post