Jabatan arah pegawai imigresen wanita biadap di KLIA disiasat

Isu pegawai imigresen wanita biadap, Jabatan Imigresen Malaysia telah diarahkan membuat siasatan atas dakwaan pegawainya biadab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

siasat dakwaan pegawai imigresen wanita biadab

Imigresen siasat dakwaan pegawai imigresen wanita biadab

Imigresen siasat dakwaan pegawai imigresen wanita biadab

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Baca artikel sebelum: Wanita dedah Pegawai Imigresen wanita jerit kepada ibu bapanya yang OKU

“Saya dimaklumkan kejadian itu malam tadi dan telah mengeluarkan arahan agar tindakan segera diambil untuk menyiasat isu tersebut,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp.

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang wanita menggunakan nama Facebook, Gillian Benjamin mendakwa ibu dan bapanya telah menerima layanan buruk daripada seorang pegawai wanita di KLIA.

Status Gillian itu kini telah dikongsi hampir 1,000 kali selepas ia dimuat naik, petang semalam.

Kejadian itu didakwanya berlaku petang semalam, kira-kira jam 5.30 petang selepas mendarat di KLIA dan berurusan di kaunter Imigresen bersama ibunya yang OKU dan bapanya serta seorang lagi rakan.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post