Ketagih susu kultur ketum, trend baru pelajar sekolah di Perlis

Wujud trend terbaru pelajar sekolah di Perlis yang mula menggemari campuran minuman susu kultur ketum, dedah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketagih susu kultur ketum, trend baru pelajar sekolah di Perlis

Ketagih susu kultur ketum, trend baru pelajar sekolah di Perlis

Pengarah AADK Perlis berkata, susu kultur pelbagai perisa dicampur bagi mengurangkan rasa pahit air daun ketum menjadi pilihan pelajar sekolah menengah yang bermasalah.

“Dalam kalangan pelajar yang bermasalah itu, ada dalam kalangan mereka mengaku meminum air daun ketum yang dicampurkan dengan minuman susu kultur pelbagai perisa,” kata Azizah Ahmad dilapor Kosmo!.

Katanya, trend itu membimbangkan kerana ia melibatkan pelajar sekolah walaupun jumlahnya tidak ramai.

Air daun ketum dimasukkan itu katanya dimasukkan ke dalam botol susu kultur menggunakan picagari sebelum diminum.

“Penagih yang ditangkap juga ada yang mengaku menjadikan air ketum dicampur dengan susu kultur pelbagai perisa sekiranya mereka terputus bekalan dadah,” katanya.

Susu kultur dihasilkan dengan penapaian susu oleh bakteria. Jenama popular di Malaysia termasuklah Vitagen, Yakult dan Calpis.

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post