Pengurus England, Sam Allardyce letak jawatan selepas 67 hari

PENGURUS England, Sam Allardyce dilaporkan telah melepaskan jawatannya selepas mendapat persetujuan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas 67 hari memegang jawatan tersebut.

Sam Allardyce letak jawatan lepas 67 hari bertugas

Sam Allardyce letak jawatan lepas 67 hari bertugas

Sam Allardyce letak jawatan lepas 67 hari bertugas

Allardyce, 61, didakwa telah menggunakan peranannya untuk berunding perjanjian bernilai £400,000 Pound British (RM2.147 juta)dengan sebuah kumpulan yang disangkakan pelabur daripada Asia Timur.

Kumpulan berkenaan merupakan wartawan yang menyamar sebagai pelabur dan kemudiannya melaporkan skandal yang cuba dilakukan oleh Allardyce tersebut.

Satu kenyataan yang dikeluarkan FA memaklumkan bahawa tindakan Allardyce tersebut adalah tidak bersesuaian malah buat masa ini, pengurus pasukan kebangsaan England bawah 21 akan mengambil alih tugasnya.

“Dia menerima dan mengaku telah membuat kesilapan malah turut memohon maaf di atas perbuatan tersebut.

“Ini bukan keputusan yang diambil mudah namun keutamaan FA adalah untuk melindungi kepentingan yang lebih meluas dan mengekalkan piawaian tingkah laku dalam bola sepak,” kata kenyataan itu.

Allardyce dilantik sebagai pengurus England pada Julai lalu.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post