Seorang lelaki mendapat gelaran lelaki magnet India apabila mampu melekatkan peralatan besi termasuk sudu dan paku pada kulitnya menggunakan ‘gelombang khas.’
Arun Raikar dari Sagar, Madhya Pradesh, kali pertama menyedari kebolehan itu pada awal tahun ini, dan kini dia juga mampu melekatkan besi seberat 10 kilogram pada badannya.
Dalam satu video, Raikar dilihat berjalan dengan dua ketulan besi masing-masing seberat lebih lima kilogram, dilekatkan pada dadanya dengan disambut tepukan serta sorakan orang ramai.
Satu besi berkenaan dilaporkan seberat 5.225 kilogram manakala yang kedua 5.266 kilogram.
Video itu turut menunjukkan objek lain yang mampu melekat pada Raikar menggunakan ‘gelombang khas’ termasuk sudu dan paku.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR