Lelaki mati ditembak polis di Lahad Datu bukan penceroboh

Lelaki mati ditembak polis di Kampung Merabung, dekat sini, pagi tadi bukan penceroboh seperti yang diviralkan dalam laman sosial sebaliknya dipercayai bertindak argesif sebelum ditembak polis.

lelaki mati ditembak polis bukan penceroboh

lelaki mati ditembak polis bukan penceroboh

lelaki mati ditembak polis bukan penceroboh

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, Ronald Engliong, 40-an, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad akibat kesan tembakan di tubuhnya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengatakan suspek bertindak agresif dan cuba mencederaan orang awam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota polis yang cuba menenangkan mangsa dibaling objek keras sehingga seorang anggota polis cedera di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Susulan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan lalu mengenai tubuh lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek dipercayai meninggal dunia di Hospital Lahad Datu dan polis masih menjalankan siasatan.

Terdahulu, kejadian itu mengundang kontroversi susulan viral kononnya suspek yang mati adalah penceroboh sehingga mencetuskan panik di daerah berkenaan.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post