Lori sampah langgar lari penunggang motosikal maut, malah mangsa diseret

Penunggang motosikal maut selepas dilanggar lori sampah berdekatan Plaza Tol Subang, di sini, semalam.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa, Mohd Syahmi Mohd Shafee, 28, meninggal dunia di lokasi selepas diseret di bawah lori.

Ajal dilanggar lori sampah

Ajal dilanggar lori sampah

Pegawai Turus Trafik Selangor Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kejadian berlaku sewaktu mangsa melalui susur ke Sungai Buloh selepas tol berkenaan.

Katanya, siasatan awal dilakukan mendapati motosikal model Honda Wave ditunggang mangsa dilanggar oleh sebuah lori sampah.

“Lori berkenaan tidak menghentikan kenderaannya selepas kemalangan dan menyebabkan mangsa terseret.

“Bagaimanapun, terdapat pengguna jalan raya lain menyedari kejadian berkenaan selepas mendengar dentuman kuat dari belakang kenderaannya.

“Saksi sempat merakamkan nombor pendaftaran lori sampah terbabit menerusi telefon bimbit sebelum kenderaan itu beredar,” katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan mayatnya sudah dituntut oleh keluarga petang, semalam.

Katanya, polis juga sudah mengenalpasti syarikat lori sampah terbabit.

“Tangkapan terhadap pemandu lori berkenaan sudah dilakukan hari ini dan kita turut menemui kenderaan disyaki terbabit dalam kemalangan itu,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post