Lelaki maut selepas diurut wanita Siam di Tampin

Seorang lelaki maut selepas mendapatkan perkhidmatan urutan dari wanita warganegara Thailand di salah sebuah rumah urut di daerah ini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, lelaki berkenaan berusia 36 tahun dipercayai mahu pulang selepas sejam diurut di premis berkenaan.

Lelaki maut selepas diurut wanita Siam di Tampin

Lelaki maut selepas diurut wanita Siam di Tampin

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, mangsa datang ke premis berkenaan untuk berurut pada 10.30 malam dan setelah selesai berurut pada jam 11.30 malam, mangsa ingin pulang.

“Mangsa bagaimanapun tiba-tiba rebah serta terduduk di lantai ruang hadapan kedai berkenaan.

“Susulan kejadian berkenaan, kakitangan Klinik Kesihatan Gemencheh telah ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Hamazah berkata, berdasarkan siasatan awal, tidak terdapat sebarang kecederaan pada badan mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat hari ini.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post