Perkhidmatan LRT RapidKL sekali lagi terganggu pada pagi Jumaat bagi laluan Kelana Jaya (KJ).
LRT RapidKL terganggu, penumpang terpaksa berjalan atas platform menuju perhentian terdekat
Akaun Twitter RapidKL pagi tadi berkata, perkhidmatan tren mereka mengalami sedikit ‘masalah teknikal’ yang sedang diperbetulkan.
Sejam kemudian mereka memaklumkan bahawa perkhidmatan telah disambung semula seperti biasa di Kelana Jaya.
Selain itu, penumpang yang terjejas juga boleh menuntut semula wang tiket mereka di kaunter khidmat pelanggan terdekat, kata Twitter RapidKL.
Di media sosial Twitter, penumpang yang dipercayai terkandas di tengah-tengah laluan tren memuat naik rakaman video dan gambar yang menunjukkan mereka terpaksa berjalan di atas platform untuk sampai ke perhentian terdekat.
Dalam masa yang sama, turut dimuat naik satu video yang merakamkan penumpang-penumpang terkandas itu berjalan bersebelahan dengan tren yang sedang bergerak.
Sumber: Siakapkeli
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW