Malang menimpa atlet paralimpik Singapura, cuma dapat S$200,000 malah akan ditolak cukai

Barang kali atlet paralimpik Malaysia boleh dianggap paling bertuah di peringkat antarabangsa berbanding rakan senasib di seluruh dunia waima negara maju sendiri apabila kejayaan mereka lebih dihargai pelbagai pihak.

Nasib Malang Insentif Atlet Paralimpik Singapura Dipotong

Nasib Malang Insentif Atlet Paralimpik Singapura Dipotong

Bayangkan sejak 2013 apabila Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-13, beliau mengarahkan insentif untuk pemenang atlet kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) mesti diberi setaraf dengan atlet normal.

Ini bermakna jika meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik yang lazim diadakan empat tahun sekali selepas temasya Olimpik, atlet itu juga layak menerima ganjaran wang tunai RM1 juta selain pencen bulanan RM5,000 seumur hidup seperti dinikmati atlet bukan OKU.

Walhal sebelum 2013, mereka cuma mampu dapat 30 peratus sahaja daripada insentif dirasai atlet normal. Hakikatnya kejayaan tiga atlet paralimpik menang emas di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini ‘membuka mata’ banyak pihak sebagai meraikan kejayaan hebat mereka.

Mohamad Ridzuan Mohd. Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly bakal menerima ganjaran mewah berbentuk hadiah kereta, unit apartmen, tiket penerbangan percuma AirAsia sepanjang hayat malah ibadah umrah bersama ibu bapa tajaan DRB Hicom.

Sekadar renungan, atlet Malaysia mula menyertai Sukan Paralimpik sejak 1972 di Jerman namun tidak pernah menang apa-apa pingat sehinggalah 1 gangsa (Seoul 1988); 1 perak 2 gangsa (Barcelona 1992); 1 gangsa (Beijing 2008); serta 1 perak 1 gangsa (London 2012).

Ini kisah cara unik Malaysia menghargai atlet OKU namun lain halnya di Singapura, sebuah negara maju dengan pendapatan perkapita penduduk antara paling tinggi di dunia; nyata lebih cerewet malah ada mengkritik sebagai terlalu berkira-kira dengan pelbagai alasan.

Berbeza dengan perenang ’emas’ Joseph Schooling yang ditatang bagai minyak penuh selepas menang pingat tunggal republik itu di Rio dengan ganjaran S$1 juta (RM3 juta); nasib atlet OKUnya, Yip Pin Xiu yang juga menang emas dalam acara renang agak lebih berliku!

Atlet ini hanya mendapat insentif sebanyak S$200,000 (RM604,000) dan itu pun kemungkinan besar akan ditolak cukai kerana ia bukan ganjaran daripada pihak pemerintah, tetapi sumbangan khas Yayasan Tote yang memang tidak mendapat sebarang pengecualian cukai.

Lebih malang, selepas ditolak cukai, lagi 20 peratus daripada baki ganjaran tersebut perlu diserahkan pula kepada Majlis Paralimpik Nasional Singapura dan Persatuan Renang Singapura konon untuk tujuan program latihan dan pembangunan bakat atlet pelapis tempatan.

Paling lucu, alasan pemerintah Singapura berhubung ketidaksamarataan ganjaran tersebut adalah kerana mereka ialah OKU dan tidak setaraf atlet normal; sementelahan temasya Paralimpik bukan sekelas dengan Olimpik, sebab itulah atlet normal tidak boleh bertanding!

Hakikatnya, pihak berkuasa republik itu hanya mengharapkan syarikat swasta sendiri menghargai kejayaan atlet OKU kerana bukan murah pemberian insentif kepada atlet paralimpik yang jika dilakukan, maka ia terpaksa diambil daripada bajet hasil kutipan duit pembayar cukai.

Mujur syarikat permainan terkenal antarabangsa Lego dari Denmark sanggup melancarkan patung kecil Pin Xiu dan seorang lagi rakannya yang berjaya meraih pingat gangsa, Theresa Goh (gambar atas) meraikan pencapaian dua atlet OKU Singapura itu di Rio baru-baru ini.

Kontinjen Singapura yang dipimpin oleh Chef de Mission, Ho Cheng Kwee, terdiri daripada 13 atlet yang bertanding dalam enam jenis acara. Pin Xiu turut dilantik sebagai pembawa bendera Singapura ketika upacara pembukaan rasmi Sukan Paralimpik di Rio itu.

Singapura mula menyertai temasya Paralimpik sejak 1988 di Seoul, Korea Selatan, dan pernah menang pingat emas yang pertama pada 2008 di Beijing, China menerusi Pin Xiu sendiri selain dia turut menang perak dalam acara berbeza.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post